Pada tanggal 24 April 2013 lalu...pihak sekolah di bawah kendalian PK Kokurikulum...telah mengadakan satu pertandingan karaoke peringkat sekolah untuk memilih wakil sekolah ke peringkat daerah yang akan di adakan di Dewan Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak pada 9-10 Mei nanti...saksikanlah aksi persembahan mereka...
Wednesday, 24 April 2013
Wednesday, 20 February 2013
Lawatan Murid ke Gua Angin, Bau
Pada 15/10/2012 yang lalu, murid SK Pendidikan Khas (B) Kuching telah mengadakan satu lawatan ke Gua Angin yang terletak di bahagian Bau. Rombongan lawatan ini telah dikelolai oleh Panatia Kajian Tempatan yang bertujuan mendedahkan murid berkenaan dengan hidupan yang terdapat dalam gua. Aktiviti ini sangat bersesuaian kerana semasa lawatan dijalankan, mereka banyak berjumpa dengan hidupan yang jarang mereka temui. Walaupun tidak dapat melihat sepenuhnya, setidak-tidaknya mereka boleh merasa suasana hidupan sepanjang perjalanan dalam gua.
Wednesday, 10 October 2012
Hari Ini Dalam Sejarah
Buat pertama kalinya SKPK (B) Kch telahpun mengadakan lawatan sambil belajar ke IPGKTAR bersempena dengan Minggu Sains Peringkat IPG yang sedang berlangsung pada 10-12 Okt ini.... Sehubungan dengan itu, panatia Sains peringkat sekolah telahpun mengambil kesempatan itu dengan membawa murid dari Tahun 4, 5 dan 6 untuk menyertai lawatan ini...
Hampir kesemua aktiviti yang dirancang di IPG semasa minggu Sains ini dapat diikuti oleh murid walaupun mereka sekadar menyentuh dan merasai keadaan semasa minggu tersebut...
Hampir kesemua aktiviti yang dirancang di IPG semasa minggu Sains ini dapat diikuti oleh murid walaupun mereka sekadar menyentuh dan merasai keadaan semasa minggu tersebut...
Sambutan Bulan Kemerdekaan
Mungkin tidak terlalu terlewat untuk mengucapkan Salam Kemerdekaan kepada semua...Pada 22 September yang lalu...Seluruh warga SKPK (B) Kch telah mengadakan sambutan Minggu Penutupan Bulan Kemerdekaan peringkat sekolah...
Pada hari tersebut, pelbagai acara telahpun berlangsung dan semua murid beserta dengan guru-guru yang berwibawa mengambil bahagian sehingga majlis berlangsung dengan jayanya.....Lihat laa sendiri gambar dibawah....
Pada hari tersebut, pelbagai acara telahpun berlangsung dan semua murid beserta dengan guru-guru yang berwibawa mengambil bahagian sehingga majlis berlangsung dengan jayanya.....Lihat laa sendiri gambar dibawah....
Sunday, 8 July 2012
Selamat Hari Guru!!
Harap maaf disebabkan oleh ketidak aktifan blog ini selama ini disebabkan oleh beberapa tugas yang perlu diselesaikan....Pada post kali ini, masih tidak terlambat rasanya untuk admin mengucapkan Selamat Hari Guru bagi tahun 2012 bagi mereka yang bergelar guru@cikgu@pensyarah@ yang sama waktu dengannya...Bagi admin, ini merupakan tahun pertama menyambut hari guru ini di sekolah kerana sebelum ini hanya menyambut secara peringkat Institut Pendidikan Guru sahaja...
Tidak terlepas juga bagi warga SKPK(B) Kuching yang turut menyambut hari berkenaan....Pelbagai aktiviti telahpun dirancang dan dilakukan sepanjang hari tersebut....berikut merupakan gambar sepanjang aktiviti berlangsung...
Tidak terlepas juga bagi warga SKPK(B) Kuching yang turut menyambut hari berkenaan....Pelbagai aktiviti telahpun dirancang dan dilakukan sepanjang hari tersebut....berikut merupakan gambar sepanjang aktiviti berlangsung...
Thursday, 10 May 2012
Hari Kraftangan....
Pada 8 Mei yang lalu....SKPK telah menghantar beberapa orang murid untuk menjadi wakil untuk mengikuti pertandingan menghasilkan kraftangan mengikut kreativiti mereka sendiri...Antara murid yang dihantar untuk menjadi wakil adalah Lucas....Agsampher....Sandra..dan Feroz....Pertandingan ini telah diadakan di PUSTAKA negeri atau lebih dikenali sebagai Perpustakaan Negeri Sarawak....Berikut merupakan beberapa suasana yang berlangsung sepanjang pertandingan tersebut...
Hari Ini Dalam Sejarah....
Pada 1 Mei yang lalu....SKPK telah didatangi oleh seorang pengyelidik daripada Jepun yang ingin membuat penyelidikan berkenaan dengan golongan kurang upaya.....Antara aktiviti yang kami lakukan adalah seperti teknik yang betul untuk menarik nafas.....Banyak yang kurang peka berkenaan dengan teknik yang betul untuk menarik nafas ini kerana bagi kita...cukup sekadar oksigen masuk ke dalam peparu...sudah cukup memadai...Mari kita saksikan beberapa aktiviti yang telah berlangsung sepanjang hari tersebut...
Subscribe to:
Posts (Atom)